ANGEL BEADS COLLECTION & CREATION

By: Sue tHe AnGel BeAdS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 18-Nov-2009 05:34 Email | Share | | Bookmark
Tudung untuk Kak Shamrah

 
Tudung yg siap kali ni adalah untuk Kak Sham.Kak Sham ni staff PERODUA jugak.secretary DGM uuu....mesti lah kena bergaya. Harap-harap dia berpuas hati dengan hasil kerja tangan saya. cuma masa deliver (special delivery lagi tau....x pernah naik tingkat 5,bangunan korporat,tiba2 kena naik..suram n seram) dia ada complaint macam keras sikit. mungkin jenis kain kot. Saya ada perancangan untuk menambah jenis kain & potongan tudung dalam masa terdekat ni. So, customer boleh pilih jenis kain type A atau B ataupun potongan jenis A atau B. Pelan2 kayuh kan.....


Tuesday, 10-Nov-2009 11:15 Email | Share | | Bookmark
Tudung CT for Fairus Suhana

Hitam itu menawan
Pinky girl
Entry kali ni masih berkisar tentang tudung CT. Customer kali ni merupakan rakan sekampung. tapi dah lama tak bersua muka. Lagi pun, masa kat sekolah Fairus Suhana @ Nana ni junior saya. Dia satu umur dengan adik saya.

Facebook la yang telah menemukan kami. Tengah hari tadi saya telah menyerahkan tudung tempahannya menerusi runner a.k.a hubby saya...

Harap-harap dia berpuas hati dengan hasil kerja tangan saya yang tak seberapa ni....




Thursday, 15-Oct-2009 13:01 Email | Share | | Bookmark
TUDUNG NIKAH LINDA

 
 
 
View all 4 photos...
Setelah kakaknya mencuba hasil kerja tangan saya, kini tiba giliran si adik pula. Yg amat menggentarkan saya ialah dia ingin menggunakan khidmat saya untuk hari pernikahannya.Wauuuu....saya amat teruja untuk membuatnya. Al maklumlah.....1st time menghasilkan beading untuk raja sehari. Saya harap sang raja sehari, berpuas hati dgn hasilnya.

Si kakak juga tidak lupa menggayakan tudung CT hasil dari sentuhan saya yang tidak seberapa ini di majlis adiknya.


p/s : untuk Kak Izan, terima kasih kerana membenarkan saya menghasilkan tudung yg diinspirasikan dari BnTB collection. You are the best!

Berseri2 wajah pengantin baru.......


Ala2 Datin gituuuu....

Si kakak bersama makeup artist. Dua2 glamerz uuuu....


Thursday, 10-Sep-2009 10:52 Email | Share | | Bookmark
BAJU RAYA KAWAN2 & KAWAN ADIK

Baju nadia
Baju nadia lagi...
Baju munirah
View all 4 photos...
Baju raya untuk Nadia (opismate) dah siap. Baju kebaya ni Nadia beli masa kami g Bandung hari tu. Yg biru, saya cuma tambah bunga2 je. yg pink, just highlight kat bunga2 yg sedia ada. Baju Munirah pun dah siap.Munirah ni kawan adik saya. Bertungkus lumus saya siapkan dalam minggu ni jugak. sbb hari sabtu ni dah nak terbang ke Sabah. Baju sendiri x sentuh lagi.....
Baju Nadia

Baju Nadia lagi.....

Baju Munirah



Wednesday, 2-Sep-2009 12:25 Email | Share | | Bookmark
TUDUNG IJA@pasir gudang,johor.

 
 
 
Akhirnya siap jugak tudung untuk kawan baik saya kat Johor. Punya la banyak halangan nak siapkan.dengan demamnya, dah baik demam anak pulak admitted hospital seminggu. Jadinya bulan puasa ni terpaksa saya bawa kat opis. sebelum start opis hour buat dulu, pastu lunch hour sambung balik......USAHA TANGGA KEJAYAAN!........





[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net