ANGEL BEADS COLLECTION & CREATION

By: Sue tHe AnGel BeAdS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  >  >>]    [Archive]
Monday, 22-Jun-2009 13:05 Email | Share | | Bookmark
CR conference 2009

 
 
conference day
View all 11 photos...
Date : 18-20 Jun 2009
Venue : The Legend Water Chalet, Port Dickson
Event : Customer Relation Conference 2009


Pada hari Khamis dalam pukul 12pm, kami bertolak ke PD untuk menghadiri conference yg dikhaskan untuk CRE branch & dealer. Peserta ada dalam 250 orang. Kami kat sana sampai hari Sabtu. Tema dinner tahun ni 'Glamorous Bling Bling'. malangnya saya tak mengikut tema. baju tak siap (refer to the my last entry). Cuma tudung je la ada bling bling sikit. itu pun ready made......

The Legend Water Chalet

nampak air kat bawah tau....

Dinner time.....

Kenangan wif Suriani....sebenarnya nak tunjuk bulu mata I tu.....nampak tak???
Ada macam Rozita Che Wan tak???muahahahaha....

Sempat jugak snap gambar baju kawan.....



Untuk sapa dah baca entry saya yg lepas, just nak bagitau pak cik saya yg masuk ICU tu dah meninggal pada 20/6/09....Al fatihah....semoga rohnya diletakkan di tempat orang2 yg beriman...amin!


Sunday, 14-Jun-2009 06:05 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT PENGANTIN BARU TO SYAHRIMAN & IZARYDAH

bergambar kenangan bersama pengantin
anak2 ku di pelamin
ibu & fahmee
View all 5 photos...
Buat masa ni saya tak de projek beading. Tengah tunggu baju raya siap. Lepas tu, boleh la pk apa design nak buat. Projek tergendala ada satu. konon2 nak pakai gi conference hari Khamis ni. tapi rasa macam tak sempat nak siap. Lagi pun baju tu sebenarnya baju lama. Baju dinner 3 4 tahun yg lepas.konon2 nak buat makeover.....dah buat sikit dah. sekalinya test, dah ketat sikit la kat lengan... .Rupanya den dah semakin mengombang!Pakai baju kurung je la....yg tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.Malas nak pikir2........

Baju yg tak tau bila nak siap........


Semalam pergi kenduri kahwin adik angkat (Man) kat Sepang.Saya kenal Man ni semenjak saya tingkatan 3. Kami ni berkenalan melalui satu majalah kartun. Man ni kartunis. Semenjak itu kami berutus surat. Saya kat Pahang. Dia kat KL. tahun 97' baru bersua muka.sbb masa tu saya lepas SPM saya sambung diploma kat KL.Baru lah ada peluang jumpa...

Rupanya pekan Sepang tu kecik jer...macam pekan cowboy. Kalau tak de KLIA & F1 circuit rasanya orang tak tau Sepang kat mana agaknya kan? sampai sana, anak saya jakun sekejap.sbbnya setiap minit nampak kapal terbang lalu. sampai tak terlarat nak lambai....

Pengantin berseri2 dgn busana berwarna biru firus

Tumpang pelamin yer Uncle Man....

Fahmee yg semakin digilai ramai.....


Thursday, 11-Jun-2009 15:07 Email | Share | | Bookmark
MINGGU YG KELAM-KABUT

 
Entry kali ni, entry . Pada 6/6/09 atuk tersayang telah kembali kerahmatullah di usia 79 tahun kerana asma & lung cancer. Kenapa saya cakap minggu ni minggu yg kelam-kabut? sebabnya ialah 6/6/09 tarikh majlis kawin sepupu saya(Shikin). tarikh yg sama jugak atuk menghembuskan nafas terakhir dan hari yg sama jugak pak cik saya masuk ICU(sakit jantung). dapat bayangkan tak macammana kelam-kabutnya keluarga kami. Atuk kat Teluk Intan......pak cik kat Ipoh...... sepupu nak kawin kat Bota. Last2, kenduri tak pergi.kami semua berkampung kat hospital Teluk Intan. Walau macammanapun saya puas sbb saya ada kat sisi arwah masa dia meninggal tapi terkilan sbb masa sampai kat hospital tu arwah dah tak bagi respond.Dr cakap tinggal jantung je lagi yg berfungsi. yg lain semua dah out.sedih kami......tengok muka nenek lagi la sedih. dapat bayangkan perasaan dia. dah bertahun2 hidup bersama tiba2 sekarang kena hidup sorang.....

Saya sempat juga siapkan baju sendiri utk kenduri Shikin. tapi teramat la ringkas sbb baju siap hari rabu. hari jumaat dah balik kampung. so, sy ada 2 hari je nak buat. Malas nak pk panjang2, ini je la yg termampu....



Monday, 25-May-2009 12:18 Email | Share | | Bookmark
RED ROSES for Nana

sebelum
selepas
 
View all 6 photos...
Inilah hasil percubaan kali ke-3 saya. Saya masih memilih utk membuat kuntuman bunga ros kerana setakat ni...inilah pattern yg saya minat dan tak bosan membuatnya. Saya tak penuhkan baju tu dengan bunga-bunga ros kerana tak mahu sulam yg sedia ada tenggelam. Jadi saya selangkan bunga-bunga tersebut. Layan je pic ni ye....
SEBELUM DAN SELEPAS


CLOSED UP




Sunday, 17-May-2009 09:38 Email | Share | | Bookmark
BANDUNG OH BANDUNG......

UNTUK ENTRY PENUH JAKARTA - BANDUNG, KLIK SINI http://fareez-fithree.fotopages.com


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net