ANGEL BEADS COLLECTION & CREATION

By: Sue tHe AnGel BeAdS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  >  >>]    [Archive]
Thursday, 23-Apr-2009 14:35 Email | Share | | Bookmark
BLACK ROSE IN THE GARDEN

 
 
Akhirnya siap juga baju ibunda tercinta.Cadangannya nak buat design K.Beauty (Butterfly in the garden) tapi tak berapa nak jadi. Peralatan tak cukup daaaa.... erasable pen tak beli lagi.so, susah nak buat design. tangan sy ni memang tak berseni. akhirnya pokok yg ada dalam garden saya ni,semuanya tegak.... .Kat tangan pulak, saya just buat bunga ros je.mak suka yg simple.kang buat lebih2 sangat,dia tak nak pakai pulak. bling2 sangat....itulah pesanannya.
Macam biasa, silalah komen hasil keras tangan saya yg ke-2 ni. Sila2.......


Tuesday, 21-Apr-2009 01:21 Email | Share | | Bookmark
INTERNATIONAL BOOK FAIR 2009

Buku yg dihajati
Ibu & along kat McD
Semalam saya pergi ke pesta buku kat PWTC semata2 nak mencari buku Sulaman Manik & Labuci -Rosita Jaafar. Setelah penat berpusing2,akhirnya pencarian saya berakhir di booth Utusan Publications & Distribution. Dah jumpa la pulak nak beli buku yg mana satu. Yg tebal tu ke (RM60) atau yg latest (RM39.90-purple). Akhirnya I decided to buy yg tebal tu.Lagi pun ada discount 30%. Tu yg akak tu.....Dah penat jalan,kami (saya, adik, anak & anak saudara) lepak kat McD The Mall. teringat balik zaman muda2 dulu,kerja part time sambil belajar kat McD sini.Layan gambar kat bawah ni yek....


Thursday, 16-Apr-2009 00:50 Email | Share | | Bookmark
Idea sudah mari.....

Malam semalam, semasa nak tidur tiba2 saya terfikir satu nama baru yg saya rasa macam best je.ANGEL BEADS @ ANGEL n THE BEADS. ok tak?Ala-ala beauty n the beads.Mana tau dapat tempias kekreatifan & kesenian cik beauty tu kan.... sebut pun sweet je bunyinyakan?dapat idea tu lepas jengah fp si PEPARI. dalam fikiran saya, pepari tu mungkin pari-pari kot.pari-pari kan ala2 bidadari gitu.tapi bidadari mcm panjang sangat.so,tukar pada b.inggeris pendek sikit suku katanya.ok tak? TQ pepari kerana membantu memberi inspirasi untuk saya mencari trademark dalam dunia beading ni...

Trademark kena cari dari sekarang. Nanti kalau dah mampu untuk menerima tempahan, saya akan letak trademark saya kat baju2 customer. ANGEL BEADS COLLECTION. Wah!!!berangan la pulak......


Wednesday, 15-Apr-2009 15:47 Email | Share | | Bookmark
mERdeKa!!!!

Tak ada apa2 yang boleh diupdate sebenarnya. projek yg dirancang x jalan lagi. Susah la x boleh keluar ni. Nak kirim2 kat husband payah.takut salah color.Esok merdeka!hari ke-44.x payah pantang2 lagi.barulah projek boleh jalan.bleh shopping manik. baju ibundaku tercinta dah sedia menanti. Dah tengok2 design yg ada dalam fp beaders yg lain, saya berminat nak 'cilok' design si cantik jelita siapa lagi kalau bukan si beauty n the beads.design yg simple je.nampak macam senang je...nampak la kan...yg susah2 nanti x tercapai akal ku pulak.izinkan saya ye kak izan....

Design yg terpilih : http://beautynthebeads.fotopages.com/images/link.gif


Monday, 13-Apr-2009 12:24 Email | Share | | Bookmark
Thank you!thank you!

Time kacih la atas cadangan2 anda semua my lovely friends. Actually, saya memang dah suka nama 'SUE MANIK MANIAC' tu. Bukannya saya nak cari nama glamor tak tentu pasal.tapi masalahnya bunyi dia mcm kasar sikit.saya nak bila sebut tu dengar sweet je.....tapi kalau semua dah kata ok,saya teruskan lah guna nick name yg sedia ada.

SUE CANTIK???memang menarik,tp kang kalau bersua muka nanti org tanya, Sue mana? Sue cantik...terjebik pulak muka org yg dengar kang.dalam hati mesti dia cakap,"tak cantik pun..."
SweetieSue pun ok jugak.
Apa2 pun kita tunggu lagi apa kata survey....dan terima kasih pada yg bagi cadangan.


[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net