ANGEL BEADS COLLECTION & CREATION

By: Sue tHe AnGel BeAdS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  >  >>]    [Archive]
Saturday, 11-Apr-2009 12:11 Email | Share | | Bookmark
NAMA GLAMOR....

Attention please : Nak minta tolong kawan2 carikan nama yg glamor2 sikit untuk saya. Saya suka la nama2 mcm beaders2 yg lain. Contohnya mcm Beauty n the beads,glamstarz,lovelybeads,heartbeads,ladybead,Anggerik rimba,jejari emas,bling bling dan macam-macam lagi la.saya tak tau nak letak apa 'beads' la. No idea.bukan apa.....senang kalau kita berjumpa nanti.Bila org tanya, sape ni?Saya Sue.nnt mesti tanya lagi.Sue mana?kan senang kalau ada nama glamor. Saya Sue(................)tempat kosong utk diisi oleh anda semua.
Sila la pilihkan nama ye...jgn malu2 jgn segan2...jasamu dikenang.


Saturday, 11-Apr-2009 11:03 Email | Share | | Bookmark
Sulaman manik & labuci -tahap 2

 
Hari ni sambung lagi pelajaran minggu lepas.Cikgu Siti ajar berbagai jenis daun,batang bunga & inti bunga.Ada 10 jenis semuanya.Bunganya minggu depan lagi baru belajar.Lepas kelas je mesti bersemangat nak buat beading. Balik terus singgah kedai beli manik. kali ni beli manik murah je. sbb plan nak touch up baju nikah 7 tahun lepas.Manik2 yg sedia ada dah bertukar rupa.Tak muat pun nak pakai baju tu ....saja je untuk practice.Termenung depan manik2 tu pun dah mengambil masa.Tak tau apa color yg sesuai utk baju tu.pk punya pk,belasah je la.sebelum darling I dalam kereta berasap....susah pulak nanti kena balik jalan kaki.hehehe......
Tunggukan kemunculan my 2nd project.......


Friday, 10-Apr-2009 04:41 Email | Share | | Bookmark
1st project - M'sia Pyramid + beriring

Leher & tangan
Pyramid di bahagian tangan
Beriring di bahagian leher
View all 4 photos...
Akhirnya siap jugak my 1st project. Kenapa namanya M'sia pyramid???sbb...pyramidnya senget-benget.hahahaha.......Sebenarnya baju ni baju adik saya. Saya tak de banyak baju kurung sbb pergi kerja pakai uniform. buat baju kurung pun setahun sekali je. hari raya.so, terpaksalah geledah gerobok adik saya. dengan sukarelanya tanpa sebarang bayaran,saya mengerjakannya dgn bersungguh-sungguh. Inilah hasilnya.Kurang puas hati.tapi tak pe.kita cuba lagi.practice make perfect.mmmm......Lepas ni nak buat baju yg mana pulak yer?oooopppss.....esok ada kelas la.Tahap 2 pulak.tak sabar nak belajar buat bunga dahlia,sisik ikan dll....
Perhatian : Komen anda semua dialu-alukan.Sila-sila....jgn malu2.buat macam rumah sendiri



Wednesday, 8-Apr-2009 09:34 Email | Share | | Bookmark
First touch

Sebenarnya tak sabar2 nak siapkan jahitan manik pertama saya.Saya cuba buat pyramid + beriring. Banyak betul halangan nak menyiapkannya. banyak gangguan persekitaran.Almaklum je la...hero ada 3.Termasuk bapaknya ada 4.Ingatkan boleh siap hari ni....tapi apakan daya, 1 lagi halangan. manik habis la pulak! To be continue.........


Saturday, 4-Apr-2009 08:47 Email | Share | | Bookmark
Kelas Sulaman Manik & Labuci -Tahap 1

Nota,kit sulaman & jenis2nya...
Hari ni bermulalah langkah pertama saya dalam dunia sulaman manik. Dengan bayaran serendah RM50 untuk 3x kelas, saya mendaftar untuk menghadiri kelas dengan semangat yg berkobar2 walaupun belum habis pantang. Tak mampu la nak pergi kelas yang mahal2. tapi tengok la...kalau habis tahap 3 ni kalau yang di ajar yang gitu-gitu je, saya nak juga gi kelas K.Nora atau Amoi. Saya nak pastikan saya pandai buat SF yang mcm you all buat......

Hopefully lepas ni saya akan se'terror' K.Izan (beauty & the beads), Fariha (glamstarz),nora(noramanik),iffa(rasyfabeads),zura(blink blink) dan yang lain2. Minta maaf kalau nama tak tersenarai di sini. tak sempat nak melayari semua page beaders2 yang ada.

Pelajaran hari ni :
1-Jelujur 1 manik
2-Jelujur 2 manik
3-Jelujur 3 manik
4-Taliair
5-Deretan labuci
6-Lintang sebelah & dua belah
7-Beriring
8-Pintalan bunga
9-Pintalan kasih
10-Kerang/piramid
11-Andromeda/tabur
12-Tocang






[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net